Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 2

Assalamualaikum!

Haa post yang lepas aku ada cerita serba sedikit apa itu ALAM.. Tu baru intro.. Belum lagi masuk cerita first day.. haha

For the first day began at night.. Masa kitorang sampai tengahari tu diorang bagi makanan and suruh rehat. Malam datang ke dewan (lupa dah nama dewan tu) Tapi dewan tu lah tempat kitorang buat aktiviti.. Not all activities.. But most of it.. Malam tu aktiviti mencari group (aktiviti biasa kalau join sesuatu program tu). Kat name tag memasing akan ada a piece of paper.. Ada warna pink, ada merah, ada putih. Aku dapat warna bright pink. Kebetulan kawan aku pun warna pink tapi aku tak rasa dia satu group dengan aku sebab masa daftar aku nampak senarai nama tu.. dalam group aku, aku sorang je dari UIA.. Tapi disebabkan MC kate ikut warna kertas, aku pun masuk je la group dengan kawan aku ni.. As expected, tak matching! Yang membezakan kertas aku dengan kertas diorang adalah kertas aku digunting kecil2.. diorang pulak besar2.. Then ada sorang ni intrupt. Dia tanya " sapa kertas dia kecik?" aku dengan naifnya angkat tangan (macam budak sekolah rendah tuww) die suruh ikut dia.. So geng2 kertas pink pekat kecik pun ikut dia and kitorang susun kertas tu macam puzzle.. As aku dah tahu nama group kitorang, aku pun selesai kan lah nama tu.. Tapi kitorang invalid sebab tak cukup complete (benda ni compete. siapa dapat selesai kan nama group dulu) Bila lama, still tak complete so kitorang syak group kitorang ni ada yang tak datang dari awal.. so tak leh nak buat apa dah..Nama2 group dinama kan mengikut kampung2 yang ada sekitar UCAM ni.. Nama kumpulan aku KAMPUNG SOLOK LIMAU lawak okay lawak.. haha tapi ada je nama kampung yang lagi lawak (tak ingat nama apa), So kesemuanya ada lebih kurang 14 kumpulan.. banyak jugak sebenarnya group tapi dalam satu group tak ramai.. dalam 8-12 orang.. group aku paling hambar rasanya.. ada 8 orang. 5 lelaki 3 perempuan.. tapi keesokan harinya perempuan dah jadi 4 orang sebab die sesat.. haha pun bolehh
.
Dah bentuk kumpulan, kena ada ketua.. budak yang tubuhkan group tu kitorang lantik dia jadi ketua kampung since dia macam sempoi je kan plus die budak UCAM jugak. Then kitorang kena cari mentor kitorang.. mentor ni untuk senang kan kerja lah.. kalau ada pape hal ke kan.. tapi bukan lah tujuannya untuk mengajar.. just membantu.. masa semua mentor kat depan, aku nak mentor hensemm.. malangnya dapat yang tak hensem (haha jahatnyaa aku) Dah dapat mentor, so next aktiviti adalah reka bendera, banner dan sorakan.. reka bendera dan banner aku okay lagi tau.. sorakan tu yang aku tak minat.. kalau dapat groupmate yang kreatif tak ape lah. tapi ni yang jenis ikut je.. aku pun jenis ikut je.. habis, siapa yang nak keluarkan idea? haha ketua kampung jugak yang keluar kan idea.. pape hal semua tolak ke dia.. haha redha je laa.. BTW ketua kampung aku nama Helmi tapi masa kenalkan diri dia kenalkan nama dia Usop. Mati2 aku ingat nama dia Usop tau.. Aku betul2 panggil dia Usop tau sepanjang program ni.. Aku ingat nickname ke ape.. nak dekat balik baru aku tahu nama dia Helmi.. DIA KATA NAMA DIA USOP SEBAB TEMA KAMPUNG.. KAH! Aku tertipuu.. haha tapi most of the time aku panggil dia ketua kampung je.

 
This is our flagg -_- Sooo literally translated.. haha kau bagi limau kan? haa aku letak limau.. Banner pulak kitorang tulis 'Aduhh masamnyeee' and guess what? our cheers is like this "Serr Serr aduh masamnyeee"  hahaha sumpah kena bahan.. ketua kampung je la kena bahan.. Bila tiba giliran kitorang MC cakap 'hah! ni yang group masam tu kan?' haha masam ada dua maksud tauu.. masam dia tu masam tak mandi! haha kuangjo.. Dah la kitorang dapat hues of green.. so memang sesuai lah.. ingatkan warna ni je ad.. tengok group lain diorang ada macam2 warna lagi.. aku contribute warna LIMAU tu je and the shadow of the lime.. Act shadow tu warna hijau gelap aku warna tapii kena padam dengan warna lain"

Girl members from the group.. Cantik2 diorang ni.. Dari depan : Aku( UIA), Mia (UiTM Shah Alam), Iera (Kolej Komuniti Tanah Merah tak silap aku) Lagi sorang time ni belum appear. Wawa
*bukan Wawa Zainal* (UPM)


These are boy members from the group Dari kiri: Afiq (UCAM), Bedai (UiTM Shah Alam), Zul*bukan Zul Arifin* (UPM), Najib *bukan Najib Razak* (UCAM) kekurangan Helmi aka ketua kampung juga dari UCAM dan mentor juga dari UCAM. Nabil *bukan Nabil Raja Lawak*
Seriously aku selesa sangat dengan diorang baik perempuan mahupun lelaki.. Biasanya aku ni kalau dengan lelaki, aku diam sikit.. Dan aku akan segan2 kucing.. Nak tegur pun pikir 4 5 kali.. haha dengan diorang takk. aku tegur je ikut suka aku.. Sebab diorang layan je.. Even aku dari UIA, diorang layan aku tak macam UIA.. yela biasanya kalau orang jumpa budak UIA be like 'Eh, Uztazahh' atau 'kat UIA boleh buat benda ni tak? benda tu tak?' Tu yang buat aku rasa kurang selesa sebab nampak macam ada perbezaan disitu.. Tapi diorang tak. sempoi gilak.. haha kalau berbual mesti pasal landscape.. And satu aku perasan yang membuat kan aku ni 'UIA' adalah diorang tak sentuh aku.. Like Langsung.. Sebab diorang ni aku tengok kalau gurau dengan kawan perempuan main tepuk tampar bahu kaki semua.. Dengan aku walaupun bergurau, at least tak ada sentuh2 ni.. aku tak kisah.. memang aku suka macam tu.. sebab aku memang macam tu.. Kalau diorang layan aku macam kawan diorang maybe aku akan rasa awkwardd.. Kalau perempuan pun selesa.. Yang si mia ni kira senior lah walaupun sama umur, tapi dia dah 2nd year and iera ni bawah setahu dari aku.. Tapi kitorang buat macam biasa je aku kau.. cuma kadang2 dia panggil aku akak.. haha yang laki lak umur semua atas 22 woo.. paling tua 24 tahun tak silap aku.. Tapi still perangai macam aku jugak.. Cakap kau aku gak.. Umur mentor je aku tak tahu bape sebab die je aku tak tanya.. yang lain aku tanya.. ahaha sebab dengan die aku tak selesa. see? macam tu lah diri aku kalau aku tak selesa dengan laki.. aku tak akan tanya soal peribadi.. (umur tu kira peribadi jugak hakhak)

Okay back to the topic. Bila masa nak prepare dah habis, setiap kampung akan mempersembahkan cheers diorang kau pentas.. haha aku tak ad lah malu sangat sebab semua orang kena buat kan.. lagipun bukan aku yang pegang mic.. haha


video

Lepas semua group present, maka boleh dah balik..
Aku lupa something.. Act lepas diorang suruh makan tu kitorang kena pergi dewan canselor sebab ad majlis pembukaan.. Interesting lah persembahan diorang.. Siap nyanyi lagu UCAM lagi.. haha



bekap dancers hensem lake. hahah ;D
sebelum perasmian


Assembly of Landscape Architecture students Malaysia 7 021215-051215 PART 1



Assalamualaikum!

Post kali ni adalah pasal ALAM.. Alam stand for Assembly of Landscape Architecture students Malaysia. Ni kira gathering budak2 landscape dari Universiti lain.. Tahun 2015 adalah tahun ke-7 dah Alam diadakan.. Alam 1 mula2 dulu kat UIA sendiri dan Alam 6 pun kat UIA. Kali ni yang aku join kat UCAM (University Collage Agroscience Malaysia). Aku rasa this is the first time diorang join. Ada beberapa universiti yang join and aku assume hanya universiti ni je yang ada course LA kat U diorang. Tak banyak pun. Still aku rasa best sebab rare.. haha kalau tak ramai orang join means senanng nak kenal.. tak ad lah bila nak berbual nostalgia lama kawan cakap "weyh kau ingat tak amin yang ketua group merah tu? die dah kahwinn" and aku pun balas "yang mana satu? ada 50 orang dalam group merah" haha kan dah spoil(probably gathering budak archi mcm ni kot.. diorang kan ramaii)
.
Okay back to the topic. Masa aku pergi tu ada UIA, UCAM, UTM, UiTM Shah Alam, UPM, Kolej Koomuniti (ada dua kolej) tak ingat namaa. Tapi kat dalam poster Lim Kok Wing and Politeknik suppose to come.. Maybe ada masalah kot.. Setiap Alam ada tema dia tersendiri.. Alam 6 KEMBALI.. Alam 7 OH! KAMPUNGKU. Oh ya! Alam 8 nanti akan buat kat UTM.. Dekat ngan rumah.. Nak pergi tapi tengok budget lah.. haha Untuk Alam 7 ni fee dia sebenarnya RM160 untuk 4hari 3 malam (lama kann) Kitorang bayar RM100 each. Lagi RM60 department belanja.. and guess what? UiTM free je weyh diorang pergi.. Department/kuliah/kerajaan kot yang tanggung. So beruntung lah korang yang pergi Alam yang dari UiTM. Kalau UCAM diorang kena bayar RM10 kot tak silap..

Kitorang bertolak dalam kol 9 pagi naik bas UIA.. Ops lupa btw UCAM tu kat Melaka.  Kiranya kitorang boleh Jamak qasar lah kat situ. dalam sejam perjalanan, kitorang benti kat R&R seremban. MAsa tengah makan2 tu nampak ad sekumpulan remaja mcm kitorang jugak. Aku dapat rasa diorang ni peserta Alam jugak. Sekali YES! betul sebab ada salah seorang tu pakai baju batch diorang tulis Landscape Architecture.. Kitorang dah pandang2.. haha sebab diorang mcm swag hipster sikit kitorang macam longoi je.. hahaha masa nak naik bas tu intai2 lah bas ape je yang ada. sekali bas uitm ada.. ada sah2 la yang tadi tu budak uitm. Bila dah sampai, kitorang pun daftar. UCAM agak pedalaman lah jugak. Kecik je tempat die.. Dari asrama ke kelas dekat je.. Nampak macam kecik tapi besar gak sebenarnya sebab diorang ada banyak tempat praktikal kan. Macam ladang jagung lah, kolam ikan, ternakan lembu, macam2 lagi.

Masa kitorang sampai tu sampai sekali dengan budak UiTM. Orang kat situ semua ingat kitorang uitm since uitm datang dulu.. haha okay yang mengejutkan adalah baju diorang lengan pendekkk.. Aku moody gak ah. sebab aku tak bawak iner.. kalau ye pun lengan pendek, inform lah dulu.. ni tak tibe2 je.. kitorang dah hilang arah da.. last2 ape aku buat? aku pakai blouse kat dalam.. haha longoi gilaaa.. sebab baju2 aku semua labuh so kalau nak pakai and tug in dalam semua macam tak selesa..

pelik tau kelabu dengan biru.. kawan aku tu kebetulan dia ada baju putih

Selpiaq dulu sebelum aktiviti


antara sahabat UIA ku.. huhuu


Apa sebenarnya yang lelaki fikir bila nampak perempuan pakai ketat?

Assalamualaikum..

Baru2 ni ada orang tanya apa sebenarnya lelaki fikir atau nampak bila tengok perempuan pakai ketat atau seksi dekat IIUM CONFESSION.. Page ni lately ni makin popular nampaknya.. Bukan budak UIA je yang confess kat sini.. Malah luar UIA pun ada.. Yang lepasan SPM even yang tengoh sekolah pun ada.. haha aku turut bangga walaupun orang tak tahu pun aku dari IIUM kahkahkah

Sebelum ni kawan2 ada cakap fikiran lelaki ni lebih teruk dari perempuan.. Tu dari kawan perempuan yang cakap. Aku percaya pasal ni.. Tapi tahu benda ni secara general la.. Baru2 ni ada orang confess bertajuk "reply to apa yang lelaki fikir" dah sah2 lelaki yang confess kan?? Harap2 yang baca ni 18++ lah ye..

Copy Paste dari page IIUM Confession.

Reply to Apa Laki Fikir

Admin, aku harap kau approve. Dalamni semua dah 18+ kan? Lagipun aku menulis untuk pengajaran, bukan melucah semata.

Okay sis, kau betul nak tau eh apa lelaki fikir?

Personally, orang macam aku (lain orang lain selera), aku lagi suka tengok orang pakai ketat daripada orang yang dedah terus. Entah? Pada aku, lagi tempting. Gambar gambar ni semua, (some) lelaki akan save dan buat stok tandas. Daripada artis, model, instafemes sampai lah ke crush, lagi korg suka upload gambar ke ig, lagi kami suka. Bertambah tambah stok.

Lagi lagi stok jenis yg berhijab, tapi berlekuk lekuk dari atas sampai bawah. Korang nampak macam biasa, kami nampak lain. Kami bayangkan benda tu. Semua dalam permainan minda kami. Lagi lagi jenis yang bergambar atas katil, memg korang tido dengan kami laa malamtu (imaginasi). Perempuan takkan faham, ya. Tapi ketahuilah, we(some) have such a dirty minded.Tengok luar baik je. Malam malam dia keluar tandas kau apa tau.

Since ig dah ada function utk video, lagi lah seronok. Siap ada suara. Bayangan tu lagi jelas. So berhati hati lah ya dengan suara suara manja gegadis semua. Kau ingat kami peduli ke video kau dengan bf kau ke apa. Stok tetap stok. Aku tulis ni bukan untuk melucah. Aku nak korang sedar. Berhenti terus lah guna instagram tu. Aku selalu guna explore cari awek lawa lawa buat stok. Save pun bukan takat screenshot, download full size terus. Haaa kau apa tau? Kau tau upload je, org lain rilek je download gamba/vid kau.

Ketahuilah disebalik beribu like kau dapat tu, entah berapa puluh/ratus lelaki 'tiduri' kau tanpa kau sedar. Kalau kau boleh baca fikiran lelaki, SEKALI PUN KAU TAKKAN BERANI PAKAI KETAT. Percaya lah.

- Stinson



#pergh #kenaTakeNote 
# Jum Tutup Aurat Bukan Balut Aurat

Haaa sentap takk?? ni peringatan untuk diri sendir jugak. Untuk korang2 yang perempuan kalau pakai baju tu at least tutuplah dada dengan jangan pakai baju melekat kat badan.. seluar punn..

sekian

Kasut HITAM & PUTIH Yang mana idaman kalbu?

Assalamualaikum..

Antara hitam dan putih yang mana agaknya korang akan pilih? Rasanya mesti ramai pilih HITAM kan? sebab hitam senang nak match dengan macam2 baju plus tak payang nak jaga sangat. Tapi putih pun cantik bergaya.. Tapi leceh kan nak kena jaga.. Aku pun suka hitam.. muahaha.. Apa yang sebenarnya aku nak cakap ni? Sebagai peniaga kasut, lately ni banyak design kasut yang supplier aku keluarkan hanya hitam dan putih sahaja.. Rambang mata weyhh.. aku pun rasa nak satu je.. Tapi apakan daya.. Bulan lepas baru je beli sandal.. muahaha jom tengok kasut apa yang available. Time aku post ni kasut ni maybe ad ready stock lagi.. Tapi jangan risau.. korang boleh pre order dari saya (kejap aku sat gi saya -_-") Just whatsapp 0137616922 tunjuk gambar tanya ada lagi tak?

LADY THONG OPEN TOE PLATFORM WEDGES

PRICE:
RM 50 SM
RM 55 SS

Standard Size
SIZE: 35-39
Colour : Black / white
Heel Height : 8.5cm
Platform height : 6cm




HUARACHE FAUX TRENDY FOOTWEARS

PRICE:
RM 65 SM
RM 70 SS

Cutting one size smaller,take one size bigger than usual
SIZE: 35-39
(Eg : Size 35 take Size 36 )
Colour : Black / white
Platform Height :3cm



SUMMER CASUAL MATTE LOAFERS .
PRICE:
RM 60 SM
RM 65 SS

Standard Size
Size: 35-39
Platform Height :3cm




May Who (May Nhai) Thai Movie 13012016

Assalamualaikum.. Ni throwback punya.. Tapi cerita ni terngiang2 lagi kat otak ni.. haha hari tu ternampak trailer dia kat FB.. Macam best je.. Then saya tag lah kawan ajak tengok kat JB nanti.. Then hari tu hari yang pergi bukit broga jugak tu dia ajak tengok.. perghh baru minggu lepas tengok wayang (THE 33. Besttt gilakk) Am I a cinema maniac? haha Saya bukan lah peminat cerita Thai sebanarnya. Tengok pun nak menghiburkan hati.. Ni movie thai ke 7 kot.. Eh lupa saya pernah tengok drama thai jugak.. rare kan.. haha maybe ada yang dah pernah tengok sebab dia tayang kat NTV7 rasanya.. Back to the movie, setakat ni saya pernah tengok 'A little Thing Called Love' (10 bintang first time tengok menangis kot), 'P Mark' (5 bintang), 'Teacher's diary (6 bintang. cerita ni best tapi ending die macam tu je. But it based on true story), 'Suckseed' (6 bintang, pengarah yang sama dengan May Who ni), 'I Fine,Thank You, I Love You' (8 bintang), 'The Swimmers' (7 bintang.. CAUTION ini cerita hantu.. saya tengok ingatkan cerita romance.. sekaliiii sakit jantung tengok.. haha), 'May Who' (8.5 bintang 0.5 sebab pelakon dia hensem muahahah)

Watak utama ada 3 May Who (saya panggil May Nhai la ye), Pong dengan Fame. Masa tengok trailer tu ingatkan si Fame yang watak utama.. Sebab sepanjang trailer ada May dengan Fame je. Even ada suara narater. Tapi tak aspect lah kan yang narater tu ada dalam cerita.. Narater tu Pong.. Si watak utama.. cerita dia macam ni..

Kat sekolah tu ada 6 kategori.. sederhana, pembuli, pengacau, nerd, Si cantik (cheerleaders), Leader (tak kisah lah ketua apa). Dan kategori yang paling tinggi (kategori 0 agaknya) adalah Fame. Even cikgu pun tengok dia terjerit2.. LOL Fame ni kira perfect lah.. semua benda dia masuk. Berlari, basketball, lawan pedang.. Dah lah hensem.. Pong dengan May kategori apa? diorang tak dalam kategori apa2.. Kategori unregconizeble.. Orang tak perasan dan tak kenal pun.. Kalau dalam cerita Hunger Game, diorang ni kira tak ad district lah. haha

Si cheerleader

Si pengacau

Si kacak Fame *AAHhhhhHHhh pengsan



Pong ni suka Mink. Mink ni tak tahu lah dalam kategori apa.. So dia selalu perhatikan Mink ni. Kalau ada memory pape dengan Mink mesti dia lukis dalam buku as a comic. Masalahnya dalam komic tu dia lukis melebih.. haha contohnya petang tadi bola dia terlanggar kat Mink.. So Mink sepak balik kat dia.. Dalam komik dia lukis time Mink nak sepak balik bola tu skirt Mink terselak ternampak lah spentot. Then Mink dengan malu2 tanya "awak nampak ke?" Then dia tanya " nak tengok lagi boleh?" haha imaginasi kelaut.. Tapi dia gambarkan kan dalam bentuk kartun lah.. haha Btw, komik tu nak jilid ke 24 tauuu.

Si Mink

Ni lukisan Pong.. Tapi ni jilid ke 25
Nak dijadikan cerita, dia tersalah hantar kerja sekolah dengan buku komik dia (dia lukis atas buku latihan logo sekolah dia) So akhirnya sampai lah ke Mink dan benda tu jadi viral. Punca Mink tahu adalah sebab si May Nhai ni bagi buku tu kat dia. Itu pun sebab ada nama Mink dalam buku tu. Lepas tu si Pong ni sakti hati lah seba satu sekolah tahu dia suka Mink dan.... pervert.. Secara tak sengaja dia tahu May ni boleh keluarkan voltan elektrik.. Dia buat komik pasal May dan viralkan kat sekolah.. Bila May marah dia rasa kesian kat May then dia hapus kan viral tu.. Since then diorang jadi kawan.. Si May ni pulak suka Fame.. Nak dijadikan cerita Fame ni perasan May sebab May ni lari laju.. So dia nak invite masuk pasukan larian.. Macam2 lah berlaku lepas tu.. Pong ni support May dari belakang. Macam2 dia fikir supaya bila May sentuh Fame, Fame tak kena renjatan elektrik.. Oh ya May ni kalau degupan jantung dia lebih 120, dia akan keluarkan elektrik.. Tak kira lah time marah, penat dan excited.. Kalau dia nampak Fame mestilah jantung berdegup kencang kan? Last2 Pong jatuh hati kat May.. Jilad 25 ni lah komik pasal May.. Then rupanya Fame pun suka May.. (OMG akuu sukaaa kalau macam ni haha sebab aku pun dalam kategori unregconizeble) Untung gilaa May.. Time hari sukan, Fame kata kalau rumah diorang menang, May akan jadi girlfriend Fame.. Pong pun rasa tergugat lah kan. Then masa Fame tengah lari (nak pass baton ke May) Pong confess (lari sekali dengan Fame) Cakap jangan menang.. At the first place, lepas May dapat baton tu dia tak lari sebab teragak2.. Tapi dia sambung lari jugak.. Akhirnya diorang menang.. Tapi May kata May tak nak jadi girlfriend Fame.. Fame time tu dah tahu.. Fame cakap "masa nak sambut baton kena tengok orang yang nak bagi baton tu.. Tapi awak tengok Pong" So time tu lah Fame tahu yang May sebenarnya suka Pong..


Kalau saya pun, saya pilih Pong.. haha Pong comel tapi Fame hensemm.. ahaha tak tahu mana nak pilih..


Komik Pong lukis "Si gadis elektrik"
First time dapat tahu pasal May

Cuba teka dia tengak buat apa?.... Cas bateri kereta.. haha
Diorang in real life

Bank Thiti Mahayotaruk


Dia before ni pakai braces.. Susah nak cari gambar dia tak pakai braces.. comelkann ^^ btw umur dia 20tahun
Nama May senang sikit kot. punpun sutatta

Thanapob Leeratanakajorn

Btw, Fame rupanya hero kedua dalam cerita hantu yang saya tengok tu The Swimmer.. Patut lah macam familiar.. Cuma dia dalam The Swimmer tah hensem.. hahah
botakkk.. hahah


First Hiking at Broga Hill 120116

Assalamualaikum. Sepatutnya saya balik hari ni. Tapi ad plan lan pulak tibe2. Kawan ajak pergi Bukit Broga! Ni second time saya panjat bukit. First time tak pasti kat mana. 
.
Kawan tanya kawan dia bape lama nak naik tu. Kalau lelaki biasanya setengah jam je. Kalau perempuan sejam. Kalau perempuan kaki pendek macam kitorang plus berlemak maybe sejam setengah. So dia cadangkan kol 4@5 dah daki. 
.
Kitorang pun cadang bertolak pukul 3.30 pagi sebab dari UM  ke sana. Plus sesat lagi kan. Haha memang sesat pun sebab GPS tenet lambat. Patutnya belok tapi kitorang tak belok sebab GPS belum belok. Haha 
.
So sampai sana dalam kol 4 lebih. Dia kena masuk ladang kelapa sawit sikit. Lepas tu nak parking kat ladang kelapa sawit tu kena bayar RM2. Okay lah kot. Kitorang start lah daki dalam kol 5 gitu. Belum sampai 5 minit dah lelah! Haha saya lah paling banyak sekali minta berhanti. Sikit2 berhenti. Stamina tak kuat. Nasib baik kawan2 paham. Diorang kate slow2. Keadaan memang gelap ah sebab 5 pagi kot.

Ni saya amik masa kat parking ladang sawit.. Memang tak boleh nak tangkap pape sebab gelap



Ni masa first nak daki. Time nak naik tu ad certain tempat licin. Kena slow2 lah. Jangan nak cepat sampai kau laju2. 
Nanti tergelincir susah. Time nak sampai tu memang dah tak tahan. Kepala terawang2 and dada sesak nak muntah. 

Bila sampai tu dalam kol 6 gitu. Kiranya sejam lah kitorang daki. Dalam 10-15 min azan. So kitorang pun solat. Nasib baik kawan tu ad apps cari kiblat. Kitorang solat kat tempat yg ditunjuk. Lagipun ad lelaki sebelum ni solat sama arah. Macam mana keadannya? Dia macam kau duduk kat padang sekolah then kau solat kat situ. Haha except kat broga tu ad batu2 lah. 

Dengar cite broga hill ni ad 3 layer. Tapi kitorang kat first layer je la. Den ponat

 Dalam 6.30 gitu nampak lah sikit matahari. Yang best nya kat situ die tempat best amik gmbar. So macam2 lah gmabr hipster diorang amik. Muahahah jom tengok gambar kitorang yang tak hipster ni

Keadaan lepas subuh.. Dalam pukul 6 lebih.. (laki tu aku tak kenal -_-")

Together with my friends! *wink*
Angle lain

Sini lah port kitorang dari sebelum sunrise sampai dah siang.. haha

Atas sana tu layer 2nd and 3rd





Ouh..jangan lupa bawak makanan.. takut lapar nanti



Lepas dah turun



Time turun tu boleh dikatakan laju jugak.. di sebab kan licin kan, ad certain part boleh gelongsor je kalau nak turun.. haha tapi baru kotor giler ah sebab debu.. and lagi satu kaki akan sakit sebab nak tahan badan dari terus ke depan.. kaki akan main peranan nak break break ni.. so sakit gak ah..



Riak di Media Social (kopi pes)

Riak di media sosial. 

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.

Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan. 

Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.

Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak. 

Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga. 

Masya-Allah. Astaghfirullah.

Sikap orang Malaysia.

Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,

--- Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.

Itu saja sebabnya. 

Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah. 

Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.

"Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya."

Dia lebih likes, itu rezeki dia.
Dia lebih followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral, itu rezeki dia.
Dia kaya, itu rezeki dia.

Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.

"Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya."

Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?

Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.

Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat. 

Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.

Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.

Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.

Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.

Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.

Semua milik Dia. 

Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?

Sekian.

— Penulis Misteri,
Abg Bikai

Youtuber, Modelling, Blogger

Assalamualaikum, hi!
My previous post said i will posted my degree life here. Tapiiiii sekarang dah end of semester dah weyhh. Hahah waiting for my last paper. Next monday (11/1/2016) anddd im distract from my study (yeay)!

I admit it, sepanjang semester ni banyak benda berlaku. And I do have the picture memories. Nak tulis nya tu hmmm. Tapi im still wanna write it no matter what sebab this is my memory and I want to share it with my future self! And you (kalau ad yang bace lol)  Alasan aku tak sempat post adalah busyyy sangat. And aku tulis blog ni kat phone. Satu hari tu i even delete the blogger apps sebab nak guna kan memory untuk recording video. Bukan apps ni je. Game2 semua aku delete. Haha even dubsmash adik2 aku, aku delete. Tak sempat nak save tauuu sbb delete on the spot. 


and rasanya aku nak edit balik sikit2 blog ni sebab sooo not up to date. Umur 18?! In fact, memang aku 18 tahun pun walaupun aku lahir 1995 (lol). 



Tapi aku tahu. Nak editnya memakan masa almost a day! Nak puaskan nafsu memang susah weyh. Mula2 kau nak simple template je. Then bila tengok contoh template yang lain kau suka pulak yang banyak kerawang pink2 bagai. Lepas tu rasa semak kau buat half2. Then orang letak ni kau pun nak letak. Nak paham coding bagai. Lepas tu tukar warna pulakk. Tukar gambar. Sampai bila pun tak siap. 

Btw, In 'ABOUT' tab, rasa macam nak bunuh diri je sebab what the heckk selfie aku?? Rasanya aku dah lama tak post gambar selfie (sorang2). Gediknyaa muka aku. Time ni aku still belieber. Maksudnya dah lama. Haha now im kpopper eh landscaper eh eh garderner. 



Sebenarnya tajuk kat atas adalah angan2 aku. Hakhakhak sebab aku distract sebab tengak benda semua ni lah dan berharap ianya terjadi kat aku(aminkan cepat!) 

Aku baru tahu youtuber die bayar on views. Bukan subscriber or likes or comments. Lebih kurang $2-$5 per 1000 views Haa kau bayang kan video gangnam style tu bayaran dia berapa?? Tu yang nak try.